Alhamdulillah, sempena kedatangan Aidilfitri yang penuh keberkatan, Melaka Bekal Sdn Bhd (MBSB) menjemput semua rakan strategik, agensi serta warga kerja untuk bersama-sama memeriahkan majlis “Syawal Dirai Bersama Melaka Bekal Sdn Bhd”.
Tarikh: 9 April 2026 (Khamis)
Tempat: Bilik Hang Lekir, MITC
Masa: 10.30 pagi – 3.00 petang
Semoga majlis ini menjadi platform untuk mengeratkan silaturrahim serta menyemarakkan lagi kemeriahan Aidilfitri bersama warga Melaka Bekal.
Pergi ke pasar membeli serai,
Singgah sebentar membeli bekal;
Aidilfitri indah bila Syawal dirai,
Bersama warga Melaka Bekal.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat
#majuberkatsalingberjaya
Tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka atas 3 Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.
Semoga kepimpinan yang cemerlang ini terus membawa kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat Negeri Melaka.
Ikhlas daripada
Melaka Bekal Sdn Bhd (MBSB)
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat
#majuberkataalingberjaya
Dengan penuh rasa kesyukuran, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga kerja dan rakan-rakan yang diraikan.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kedamaian kepada kita semua.
Dalam kegembiraan menyambut Aidilfitri, marilah kita mengeratkan silaturahim serta saling bermaafan atas segala khilaf dan kekurangan.
Maaf zahir dan batin.
Semoga kita semua terus diberi kesihatan, kejayaan dan keberkatan dalam setiap langkah.
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat
#majuberkataalingberjaya
Pada 17 Ramadan ini, marilah kita menghayati peristiwa agung turunnya Al-Quran sebagai petunjuk dan panduan hidup umat Islam.
Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk terus mendekatkan diri kepada Allah SWT, memperbanyakkan amal ibadah serta mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Ikhlas daripada seluruh warga
Melaka Bekal Sdn Bhd
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat
#majuberkatsalingberjaya
Pada 20 Februari 1956 di Padang Pahlawan, Melaka, tarikh kemerdekaan telah diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman, sebelum dimasyhurkan secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.
Semoga semangat perjuangan dan perpaduan yang diwariskan terus menyatukan kita dalam membina negara yang lebih gemilang.
Ikhlas daripada
Melaka Bekal Sdn Bhd ![]()
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan ketenangan buat kita semua.
Ikhlas daripada
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurus Besar & seluruh warga
Melaka Bekal Sdn Bhd
Semoga segala amal ibadah kita diterima dan dipermudahkan.
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
Melaka Bekal Sdn Bhd mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pelanggan & rakan niaga yang meraikan.
Semoga tahun ini membawa kemakmuran, kejayaan, kesihatan yang baik serta hubungan kerjasama yang lebih kukuh dan berterusan.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda terhadap Melaka Bekal Sdn Bhd.
Gong Xi Fa Cai!
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
Hampir keseluruhan warga kerja Melaka Bekal Sdn Bhd (MBSB), hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan anakanda YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi MBSB.
Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia, diberkati dan sentiasa berada di bawah kasih sayang Allah SWT. ![]()
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
Dimaklumkan bahawa kadar baharu parkir bagi Terminal Kenderaan Berat Gangsa, Melaka Bekal Sdn Bhd akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
Perubahan kadar ini melibatkan semua kategori kenderaan seperti berikut:
• Bas, low loader & kenderaan bersendi 10 tan ke atas
• Kenderaan BDM 10 tan ke bawah
• Kenderaan komersial ringan 5 tan ke bawah
Perhatian:
Kerjasama dan perhatian semua pelanggan amat dihargai bagi memastikan pengurusan parkir yang lebih teratur dan efisien.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak pengurusan Melaka Bekal Sdn Bhd.
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
Mesyuarat Lembaga Pengarah Melaka Bekal Sdn Bhd Bil. 2/2025 telah diadakan hari ini dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi MBSB, YBhg. Datuk Wira Hasnoor bin Sdg. Husin.
Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah iaitu Encik Mohd Asyraf bin Zainal, Encik Jezlee bin Pit dan Encik Khairul Anwar bin Mansol.
Semoga segala keputusan yang dicapai dalam mesyuarat ini dapat memperkukuh hala tuju serta melancarkan urusan pengurusan dan operasi syarikat.
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
- 1
- 2











