21 OKTOBER 2025 (Selasa)
Bengkel Perancangan Pelan Strategik Melaka Bekal Sdn. Bhd. (MBSB) telah diadakan pada hari ini melibatkan pihak Pengurusan serta Ahli Lembaga Pengarah MBSB.
Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Hasnoor Sdg Husin, Timbalan Pengerusi MBSB. Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah, iaitu YBhg. Datuk Wira Sazali, En. Jezlee Pit, dan En. Khairul Anwar.
Semoga bengkel ini menjadi platform penting dalam merangka hala tuju strategik MBSB ke arah pencapaian matlamat yang lebih optimum dan mampan.




