LATAR BELAKANG
Melaka Bekal Sdn Bhd (MBSB) merupakan salah sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka, milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). Pada awal penubuhannya, syarikat ini didaftarkan sebagai Melaka Toll Shopping Center Sdn Bhd dan didaftarkan di Negeri Melaka pada 7 Mac 2006 sebagai sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti- aktiviti perniagaan berasaskan barangan keperluan industri binaan.
Pada 30 Mac 2007 Melaka Toll Shopping Centre Sdn Bhd telah ditukarkan kepada Melaka Bekal Sdn Bhd (MBSB). Syarikat ini juga telah diberi hak eksklusif oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Melaka untuk menguruskan segala yang bersangkutan dengan permit pengeluaran bahan batuan/pasir serta bahan mineral milik tanah persendirian di Negeri Melaka.
MBSB berpengalaman dalam beberapa bidang lain seperti pembalakan, aktiviti jual beli (trading) bahan batuan, alat ganti, memasarkan hartanah, kerja – kerja pembersihan bangunan dan kawasan, kelengkapan perkapalan, ejen khas pemasaran pasir laut milik Yayasan Melaka dan wakil tunggal bagi pembekalan pasir silika untuk pasaran Negeri Melaka. MBSB juga telah menerokai beberapa bidang baharu serta menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam mempelbagaikan modus operandi.
Pelbagai usaha dan aktiviti perniagaan telah giat dilaksanakan dengan jayanya untuk menjana pendapatan syarikat demi membantu Kerajaan Negeri membangunkan Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.